Search This Blog

Showing posts with label gaya sempoi. Show all posts
Showing posts with label gaya sempoi. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Gaya Santai.


Assalamualaikum.
Sebenarnya aku jenis orang yang suka pakai seluar. Bukan apa, senang… aku kan bawak motor, nak kejor keretapi lagi. Takkan dah alim-alim sweet twenty three pakai baju kurung tiba-tiba kena angkat kain tinggi dan pecut lari sebab train dah nak sampai. Choiii, memang tak lah. Lagi satu, kang ada incident kain tersepit kat rantai motor. Ngeri nak pikir!. Kecuali dah tahap memang jatuh ‘WAJIB PAKAI’, baru aku pikir. Itu pun kena pikir 100, 110 kali.

So, aku lebih suka pakai macam ini jek:


Sempoi, santai dan up to date sikit. Walaupun aku actually lagi suka pakai T-shirt lambing Angry Bird dengan seluar sukan dan sport shoes. Hahahaahhhh… tapi, sekali sekala bolehlah… kang kena dengan ceramah tak berbayar. Malas aku nak tadah telinga, boleh pekak seminggu. Kena jaga pemakaian la, inilah… itulah… Make up sikit… lipstick maner? Perfume sembur banyak sikit. Perghhh, macam nak tejun lombong jek bila ada orang cakap macam itu.

So, aku pun bukak la almari yang usang lagi bersawang untuk melihat apa yang ada. Maxi dress, blouse, kemeja, seluar slack, jeans… Boring-boring-boring.
Ahaks! Tiba-tiba aku ada jumpa skirt mustard color yang aku beli awal tahun lepas. Aku rasa, aku tak pernah pakai lagi ini skirt panjang. Wujud lagi eh kau ek. Baik, inilah pengganti baju kurung yang tersangat ideal. Let’s see apa yang aku boleh buat dengannya.

Taddaaa:


Huhuhu… memang aku akan angkat kain gak la nanti. Tak percaya?Agak-agak kalau korang ada nampak sorang hamba Allah ni lari tak cukup tanah kat KL Central sambil pakai baju ini itulah aku. Mengaku terus. Tak payah turun naik mahkamah bagai.

See, ada cardigan—tak nampak macam so formal sangat la kan. Sweet gitu (sila lempang diri sendiri) dan tak melampau alimnya. Kahkahkaha… kena bahan gak nanti dengan kawan-kawan aku. Hey, kalau aku pakai sport shoes pun still OK lagi kan… brilliant idea!. Senang aku nak tekan gear motor nanti. Rock kapak la (sambil tangan kanan menepuk bahu kiri).

Hurmmm, mungkin boleh di pertimbangkan (tengok, skirt panjang aku siap pikir 800 kali dulu). Susah, susah…

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...