Search This Blog

Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Wednesday, March 28, 2012

Panduan: Amalan Sepanjang Hayat


Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela).

Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual buku-buku agama. Dalam dok menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang, dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu).

Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat:

Title: Amalan Sepanjang Hayat
Penulisan: Ustaz Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi
Penerbit: Muafakat Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM5.00

Harganya pun murah.
Kandungannya terdiri daripada,
1.       Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
2.       Peringatan sembahyang harian dan khusus
3.       Wirid-wirid selepas sembahyang fardu
4.       Doa-doa selepas sembahyang fardu
5.       Cara-cara mengkhusukkan sembahyang
6.       Wirid-wirid harian
7.       Doa umum
8.       Nama-nama Allah
9.       Gambaran Islam secara menyeluruh.

Bagi makhluk yang daif dan baru nak merangkak mendalami Islam macam aku ini , buku sebegini mungkin boleh menolong. Ianya lengkap  daripada doa ke wirid. Amalan detik korang celik mata daripada lena yang panjang hingga malamnya korang nak tutup mata, semua ada.

Walaupun bukanlah pakar dalam bab agama. Namun satu nasihat percuma untuk korang semua:
Tak salah andai kita hendak berubah sekarang dan jangan sampai terlambat hingga masa yang menghimpit kita.

^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan hati ini tetap bersama-Nya.

Friday, March 02, 2012

Da lamer sungguh tak buka blog...

Memang da lamer tak berkesempatan nak menaip di sini. Bukan takder yang menarik untuk dikongsi. Cuma tak berkesempatan untuk menjengah seminit dua ke alam internetan ini.(canggih tol ayat).

So, tahun pun da baru-2012. Huhhuuh.. Ceruk maner la aku tercampak sampai da bulan March baru nak wish Happy New Year!. Hang dok kat planet pluto ka??? Kawan sama itu anak alien dan telah dikuasai mindanya oleh mereka.

Yang penting- Happy!.

Cik ziqa pun da gi sekolah taska. Pipi pun da tembam, perut da buncit. Makan penuh sopan dan santunnya tapi banyak. Heee...


Tembam ya amat. Baju pun nampak penuh. Cik ziqa..cik ziqa...

Tapi cik ziqa tak boleh berjumpa sama Cik aceki-cakaran demi cakaran tentunya akan terjadi!.
Bila la diorang nak berdamai nih...
So, tok limited edition yang terbaru-cik ziqa dan cik aceki di temukan dalam suasana aman romantik lagi bahagia.

Check it out:




Diorang ini memang anak-anak yang teramat la comel cam baby doll. Huhhuhhuuhu...
*Jeles I!




Friday, December 10, 2010

Walt Disney: Learning By Reading Can Be Fun


Dalam dok makan, minum, tidur, makan, minum, tidur (diulang selama seharian), maka korang akan dilanda ‘Bored Disorder’. Untuk mengelakkan penyakit ini melanda diri, korang perlu melakukan sesuatu. Antaranya adalah mengira jenis pokok bunga rumah jiran sebelah, mengemas resepi lama di dapur, menyusun atur perabot dalam bilik air, menebas lalang di sekitar rumah, atau menolong membasuh pinggan kotor di kedai rojak Mak Nab.

Kalau korang jenis malas nak wat tu semua, amalan membaca adalah antara cara paling terbaik (bagi yang mengenal apa itu buku). So, antara ayat-ayat yang menarik terdapat dalam ‘article’ si penulis Walt Disney tentang ‘Learning By Reading Can Be Fun’ yang sempat aku baca, ialah:

“Curiosity may have killed a cat, but never yet has hurt a boy or a girl-or a cricket, for that matter-seeking knowledge.”

`“If reading maketh a full man, then the lack of it must leave him awfully empty-in the head!.”

“Oh-yes-he who runs may read. But make sure you run and read in the right direction. And not too much either without the other, if you want to keep happy and healthy.”

“Curiosity gets you started. Balance keeps you from falling overboard. Timing keeps your reading smooth, without bumps.”

“There are fashions in reading, even in thinking.”

“It’s silly to build a wall around your interest.”

“You’ll be a poorer person all your life if you don’t know some of the great stories and the great poems.”

“I tell you boys and girls one thing: There is more treasure in books than in all pirate’s loot on Treasure Island and at the bottom of Spanish Main… And best of all, you can enjoy these riches every day of your life.”

“So keep your eyes open.”

*Maka, hari-hari korang akan di lalui penuh bermakna. Tak kira la cerita fantasi, cerita cinta, cerita komik, cerita resepi, dan biografi. Akhir kata, mulakan amalan mulia ini: sehari sebuah buku. Amacam??.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...