Search This Blog

Friday, August 16, 2013

Cerita Raya 2013 (bab tiga)

8HB AUGUST
Mari bangun awal coz kena siap sedia potong semua bahan-bahan si vegetables… aku tukang potong jek… nak masak? Berjanggut. Lepas siap ayam masak merah, lodeh pulak. Isi kue dalam balang-balang memang permanent job untuk aku sejak dulu dan selamanya. Sampai aku pun pelik dengan diri sendiri. Tapi nak wat camner, actor belakang tabir…

Cik Ziqa-comel gila.
Cik Tina dan Adam-biru dia superb cute.
Perfect everything, mandi dan berhias wangi-wangi. Yang lelaki gi sembahyang sunat Raya dan kemi yang pelempuan gi bertukar-tukar hidangan dengan jiran sebelah menyebelah. Jikalau korang tergolong dalam usia bebudak atas lima tahun, itu mungkin job yang boleh korang pegang sampai dewasa. So, adik aku (si bongsu) la kena anto coz cik Ziqa dan Cik tina still under aged-- Apiz ngan Adam lak jalan pun tak geti. ‘Meneman’ tu… mungkin boleh la.

Lawa taka ku mek gambo ni??? kekkekee...
Buat la ala-ala buffet. Pinggan cawan pun disposable punyer. Gila malas nak basuh.
“Hey, I pakai baju lelawa u suruh I basuh pinggan mangkuk?! Biar betul.”
Dak gitu nanti jawapan balasnya. Hahhah… kantoi! Lepas para lelaki balik dan berkumpul… sesiap mintak maap dan ambik gambo reramai. Pastu, apa lagi… melantak la. So what bila sesekali pekena rendang cili padi oleh jiran sebelah punyer. Memang pedas sampai boleh meleleh air mata tapi sodap tak boleh berhenti. Keluarga jiran sebelah aku ni memang gila masakan spicy. Lagi pedas, lagi mereka bahagia.

Keluarga cik Tina dan Adam Harris.
Keluarga Cik Ziqa dan Apiz
Coz blok aku punya Marhaban (like kunjung menggunjung beramai-ramai rumah ke rumah) boleh pulak post pone next week. Wallaweh. Mematahkan mood aku pepagi ni la kan. Tapi tak per, ada aku kesah? Aku pun gi la beraya rumah jiran sebelah. Aku kan balik ahad, mana nak jumpa dah (mana tau ti dia balik kampong). CIK Tina dan cik Ziqa memang suker gila kat kerepek pisang tuan rumah, sampaikan mereka terpaksa bawak plastic untuk isian seterusnya. *malu tak malu.

Inilah dia bebudak yang selalu dok aku cerita tu... Ziqa, Tina, Apiz dan Adam.
Dalam kol 11 pagi, gerak lek balik kampong. Beraya di sebelah ayah dan mak. Kat maner lagi kalau bukan keduanya di Sogamat. Hehheh… tahun ni, tak ramai yang balik. Dan eh,eh ada lomang dua guni tu. Huhui! I like.

Kami rapat kan??
Raya... yuhuiii... cik Ziqa wat drama pagi raya!
9HB AUGUST
Makan nasi lemak pepagi. Memang tak boleh kata apa-apa. Disebabkan diorang semua malu-malu arnab, aku adalah orang terawal yang sudip nasi lemak ke dalam pinggan. *hey, dok yah nak malu sangat la. Sedap sangat sampaikan tambah dua kali. Kakak ipar aku pun tambah dua kali.

Sementara tunggu makan tengahari, ada pulak pesta makan buah durian (musim buah time ni). Memang dahsyat. Boleh dikatakan aku telan sebijik penuh isi durian. Pastu mula tercari-cari air. Hahhaha… dan air putih pulak out of order. Kena tunggu, tengah masak. Nampak air teh. Manis sangat, tuang sikit air putih. Tetiba rasa pelik. Tengok betul-betul, rupanya aku tuang air soda. Bau macam ubat tercemar kat sepital. Try rasa, OK dalam kepelikan. Yolah, Teh + Soda = Toda. Ada bran nak try?

Tak lama pastu, waktu makan tengahari--sup tulang. Sambal kicap dia memang pedas nak mampus. Kena mek setitik dua jer. Anak saper yang buat ni? Sila mengaku. Aku yang bukan big fan pada makanan pedas memang tercari-cari air la. Nampak pulak isian air yang dalam tong. Sekilas tekan cam air oren. Pelagi, mek cawan… tuang separuh dan gulp. Air gas!

Peh, memang aku terkezut gak (dekat berbelas tahun tak minum, sejarah telah terjadi)… try sikit lagi… cam ok,try tengok… air gas cap ayam. Hahhaah… memang tak kuat la gas hang yer, nak-nak bila ditambah ais bebanyak. Lagi la nil gasses. So, kita kena try and try lagi… sebanyak yang boleh. Bila lagi nak minum air rupa gini.

Air gas nilah-bisa nampak tak cap ayam-nya tu!
Lepas abang dan ayah aku lek daripada sembahyang jumaat, agih-agihan duit raya time. Coz kami nak balik Kota Tinggi dah. Dan aik, poksu aku hulur wet raya. Tetiba wat muka terkejut even dalam hati gumbira tak terkata. Try la bercakap jujur.
‘Orang dah kerja.’
‘Takper, ada lebih. Mek la.’
‘Mekasih.’ Yeehaaa!

Pastu, bertolak lek ke kampong halaman. Jem gak la, aku kat belakang hanya boleh tidur. Tidur. Dan tidur lagi… selagi tak sampai, aku tidur jek la. Sampai rumah, aku sambung tidur yang panjang pulak.

No comments:

Post a Comment

-please share your thoughts here, dude

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...