Search This Blog

Thursday, August 11, 2011

NEXT WEEK-graduation

 
NUC-OBU Graduation 2011-08-11

Tentu sangat mengujakan. 

Walaupun ianya berlangsung pada bulan pose tetapi redha jek la (iman di uji sungguh pada hari tu) ...tapi di situlah unique nya kolej kita...

congratulation juga di ucapkan khassss tok korang semua... 

dan di sini, disertakan beberapa statement yang korang mungkin terlepas pandang. so, bacalah..

Date: Saturday, 20 August 2011
Time: 7.15 a.m.
Venue: President Hall, Nilai University College
Tarikh yang penting, tulis dalam diari. Kalau korang pergi 19 atau 21 ogos, confirm korang juga yang akan sangat menyesal.
Tengok masa gak. kang der gak yang datang paling awal, dan bersahur di kolej..nak mengenang memori daun pisang la tu. Hehehe..
Dan tempat biasa korang berteduh nak tunggu bus, PH. Kalau anda menghidap Amnesia, baik korang print peta kolej cepat.
Collection Dress:
Date
14 To 19 August 2011-08-11
Time
-10.00 Am-12.00 Noon
-1.00 Pm-4.00 Pm
vanue
Teaching Block, Room T104
Baju convo, boleh la amik hujung minggu ini. Kepada sesiapa yang nak mek tu. Tolong tengok-tengokkan nama saya ye. Coz, saya hantar lambat surat Reply Form –takut gak la cik kolej tak diterima. Huhuhu....
Baca betul-betul tempat nak mek katne jubah tu, kang der gak yang beratur kat AOR sorang-sorang.Siap mek nombor lagi tu..hahhaha...
Addition:
-returning of gown after caremony.
Jangan der yang gatal-gatal ulat bulu bawak balik rumah pulak jubah tu. Gantung kat ruang tamu. Paling bagus, wat baju raya tambahan. Mau gempak satu kampung. Hahahhaah... 
....pulang wei..
Dress code:
-formal for both graduands and guests.
Baju tradisional lebih baik, macam baju kurung,cheongsam, sari, gaun pun ok lagi.
Jangan der satu family pakai bikini pulak (der yang kena bar ti kang).
Yang pasti, mereka dan keluarga mereka juga yang akan panas  daripada biasa.
Permitted:
-two complimentary guest tickets.
-babies and children under 12 years are not allowed.
Dua orang je la yang di benarkan masuk. Jadi kepada sesiapa yang bawak satu kampung tu, bawaklah khemah lebih untuk anda berteduh.
Bebudak bawah 12 tahun, boleh la main lari-lari kat luar coz dalam dewan tak muat.

so my friends,seeing you all on that day!




Sunday, August 07, 2011

Cik Ziqa--keluarga bahagia bersama Ibu Yam dan Ayah Jid

Yesterday...cik Ziqa go to the Tesco supermarket...
Then, let's guess what going on?

It's time to SNAP a picture, bebeh!


Pertama, adalah kisah ibu dan anak. 
Kedua, cara moden timang tinggi-tinggi. 
Ketiga, ibu jari masuk mulut.
Keempat,model terkenal pun tak pernah angkat kaki macam tu wahai Cik ziqa.

Happy family--Cik Ziqa's mummy and daddy.

Wednesday, July 06, 2011

Long Journey: Cerita di Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perlis.

Walaupun cite ni da basi, tapi ianya manis untuk di kongsi bersama.

Pada 20 Jun lepas, mak ayah dan cik jima amik saya kat Nilai. Bayangkan, barang cik jima da penuh bonet, mane nak letak barang saya? Terpikir gak, kalo tak muat pun. Tinggalkan aja cik jima di situ, pandai-pandailah dia naik bas ke Perlis! Kitaorang akan menyambutmu di perlis ya! Hahahaha (kejam, kejam).

Tapi dengan hasil kemampatan milo, redah jek la. Kesian keta cik tira (jangan bagitaun dia pulak). Menangis tak berlagu. Tanpa pikir banyak, kitaoran gi Nilai 3. Cik jima borong beg kat sane. Nak jadik pelajar cemerlang la kate kan. Harganya pun memang murah, dalam area RM20-30. Rugi tak beli. Saya pun beli gak. Beli jubah cik tira sekali. Tuk cik maya, sempat beli tudung syria aja, selendang tak sempat nak pilih. Maaf ya!

Dalam area kol 4 petang, kitaorang gerak ke KL. Gi rumah encik yem. Tido sane. Kesian plak kat diorang seharian dok dalam keta, dari johor ke KL. 

Soknya, saya, cik jima, mak ayah dan encik yem gerak ke Perlis. Perjalanan, enam jam! Seb bek tak patah tulang spica. Ahhahahha..

Sampai aja, kami menginap di UITM perlis. Rumahnya OK la.

Petangnya, encik yem ajak gi Padang Besar. Waktu tu, kedai pun banyak nak tutup coz da nak kol enam petang. Diorang tutup awal rupanya di sini (coz nak balik Thailand kot dan suami memasing semua da tunggu kat rumah agaknya). Kelam kabut jalan kat sana. Ingatkan dapat la beli pape. Tapi takde yang menarik plak. So, cuci mata je la.
Pastu, gi pasaraya. Carik baldi dan barang-barang tok cik jima. And pastu lalu kat IPG cik jima. Dan kat depannya de kedai, so makan-makan. Saya dan cik jima makan burger je. Tak larat nak makan sebenarnya. Pas kenyang, balik UITM, dan tido. Penat, penat..

Pagi-pagi lagi, kitaorang check out daripada rumah tu, coz cik jima kena daftar awal,8.00 pagi.

Sempat singgah di Juru-kedai makan (position unknown). Sedap amat. Pesan nasi goreng udang, sotong. Nasi goreng kosong sepinggan dan sepinggan udang berlada setiap sorang (aku punya, nasi goreng uadang). Udang dia besar-besar. Fuh, mantap!

Masuk je IPG, cik jima terus gi daftar kat kafeteria. Kitaorang pun  makan. Kesian, cik jima tak sarap lagi. Satu benda nak cerita: Nasi lemak dia punyalah pedas, sampai berair mata makan. Ayah, berpeluh beribu. Terharu dengan kesedapannya! Huh.

Lepas makan, kitaorang duduk kat tempat menunggu. Cik jima tak siap daftar lagi.
Daftar kemasukan, cek-cek sijil, tangkap gambar, dan mek kunci asrama. Maka selesailah semuanya. Pastu, kitaorang hantar cik jima ke asramanya. Kesian cik jima kena angkat barang sorang-sorang sampai tingkat empat. Aja-aja fighting cik jima! (kitaorang luar tak boleh tolong).

Berpeluh-peluh cik jima. Kesian tengok cik jima, mak pun belilah sosej dan air mineral untuknya. Lepas salam cium peluk (adegan perpisahan), kitaorang pun meninggalkan cik jima di perlis. Bubbye cik jima.. balik raya ti jumpa lagi.



Dalam kol 10.30 pagi, dari perlis kitaorang balik ke KL ambil barang yang ditinggalkan dan terus ke Johor. Sampai rumah, dalam area kol 11.00 malam..kerana kepenatan, tidur la.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...