Search This Blog

Showing posts with label jalan-jalan di KLCC. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan di KLCC. Show all posts

Tuesday, February 12, 2013

CNY dan Keluarga di KL


Assalamualaikum.

Kali ini aku nak cerita pasal CNY yang berlangsung dua, tiga hari lepas. Nak di jadikan cerita… Adam Haris (cucu yang ketiga dalam keluarga kami) kan baru jek lahir masa bulan lepas. Hanya Sist Yam dan family ajer dah tengok… Mak, Ayah, bro Ayob, sist Tira dan sist Maya akan turun KL nak tengok si budak kecik tu. Cik Jima (di Perlis) akan turun ke KL gak. Dia dok hostel dengan ex-classmate masa high school kat Uni dulu walaupun dah sampai Pudu hari Khamis malam tu…nak jalan-jalan kat Masjid India katanya. So, berkompullah kami nanti. Cannot wait!

09th March: Sabtu (half day kerja), cik Jima naik LRT turun TBS… Jumpa kat sana dan peh, barang dia memang tak pernah nak sikit la kan. Aku rasa cam nak buang tepi laut jek… kami naik motorsikal kot. Aku soh dia pegang sendiri, padan muka. Sempat la belanja makan Subway, terigin katanya… layankan jek la. Tak lunch lagi kan. So, alas perut sebelum balik masak nasi dan lauk untuk orang jauh. Petangnya, jalan-jalan kat pasar malam yang baru dua tiga kedai bukak (beli sayur sikit) dan beli kek kat Secret Recepi. Memang kikis duit orang ini budak! Dekat kol 7.00 malam, baru keluarga daripada Johor sampai. Dinner samer-samer dan tidur sampai tak ingat dunia.

10th March: Pergi pasar beli barang basah. Anta sist Maya ke TBS, nak gi Seremban katanya ada kenduri kahwin. Semua seafood, jagung, ikan besor-besor, ayam diangkutnya. Kami masak ramai-ramai untuk lunch nanti. Meriah! Saper kata bila datang KL kena sopan santunnya dan takde budaya kampong. Get it out! Makan tom yam, salad, ikan kukus…. Macam-macam la. Yang penting, kenyang sampai tak larat nak bangun.

Lepas solat Zohor, gerak ke TBS dan tinggalkan keta kat parking atas-meh, aku ajo kalian naik train dan LRT!! Tak ku sangka, semua siap keluarkan Touch and Go memasing. Hampeh! Naik KTM… senyum jek. Naik LRT, swap jek… pandai dah. First, kami gi jalan-jalan kat KLCC… cuci-cuci mata. Nak masuk Aquaria tapi terbatut (atas sebab tak tahu kat mana, lawak!) dan pastu gi Masjid India… borong tudung dan makan petang. Jalan-jalan sambil beborak-borak. Bila dah penat gila, balik TBS semula dan bertemu sist Maya yang dah lama tunggu. Makan kat Teratai+++ tapau Subway lagi. Memang boroi la sorang-sorang. Keta jangan cakap la-full house! Tujuh orang. Balik, solat… sumbat Subway dan tidur kepenatan.



11th March: Bercucuk tanam di tepian rumah dan chit chat itu ini. Breakfast dan sediakan lunch lebih awal keran diorang semua dah nak gerak balik. Sedihnya! Padahal semua dah apply cuti sampai 12th March kot…
Abang aku cakap, dua orang naik la bus… penuh kot kereta sampai enam orang mampat. Selesa ke?? Tapi, bagi aku-- keluarga kami memang macam ini. Suasana macam ginilah yang paling seronok sebenarnya. Susah senang, terjaga terbongkang, gelak nangis bersama-sama. Selesa? Belakang kira. Janji kami together-gether, kerana bila lagi nak macam ini kan.

Aku sempat lagi massage diorang petang tu… Dah kat mana?
‘Kat rumah Nenek (Segamat), Ayah nak singgah dan tidur sini. Dah lama tak jenguk nenek.’
Sioottt… sajer la tu nak bagi aku jelous kan…
Aku nak ikooottt!!! Huhuhu…

Tetiba layan perasaan sedih jap.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...