Search This Blog

Showing posts with label Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya?. Show all posts
Showing posts with label Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya?. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Hal Kahwin: Adakah jodoh itu akan datang dengan sendirinya? (satu)

 *Petikan daripada buku Dosa-dosa wanita yang dianggap lazim, muka surat 357

DOSA WANITA MENGENAI PERKAHWINAN DAN INTERAKSI DENGAN SUAMI
Menangguhkan perkahwinan dengan alasan pendidikan, usia masih muda atau yang lain.

Diantara kesalahan besar yang sering dilakukan oleh para wanita adalah menolak pinangan dengan alasan menamatkan pendidikan. Kadangkala, dia dipinang oleh pemuda yang taat beragama, namun dia lebih mendahulukan pendidikannya. Keadaan seperti ini terus berterusan sehingga sampai pada fasa perawan tua. Pada masa itulah dia mahukan lelaki yang masih muda. Dia menyesal semasa dia mendengar seorang budak kecil memanggil ibunya, “Ummi…”

Berikut  kami sampaikan sebuah kisah agar anda dapat mengetahui nilai sebuah kehidupan berkeluarga bagi golongan wanita. Salah seorang wanita berkata dengan penuh penyesalan, “Pada masa aku berumur 15 tahun, ramai lelaki yang datang padaku dari berbagai tempat untuk meminang. Aku menolak mereka dengan alasan aku ingin menjadi seorang doktor. Akhirnya, aku pun masuk ke sebuah universiti dan menolak berkahwin dengan alasan aku ingin dapat menggenakan jubah putih (sebuah gambaran seorang doktor). Sehinggalah aku berusia tiga puluh tahun. Pada masa itulah, ramai lelaki melamarku, namun mereka adalah orang yang telah beristeri. Maka, aku pun menolaknya. Setelah mengalami susah payah dan sukar tidur, aku berkata pada diriku sendiri, ‘Bagaimana mungkin aku berkahwin dengan seorang lelaki yang telah beristeri? Aku memiliki harta, nasab dan ijazah tinggi, lantas bagaimana mungkin aku berkahwin dengan seseorang yang telah berkahwin?”

Subhanallah, wanita yang malang ini lupa bahawa usia tiga puluh tahun itu tidak diminati oleh para pemuda lantaran banyak faktor. Oleh kerana itu, dia berfikir untuk menerima lamaran lelaki yang telah berkahwin dan meluahkan akta-kata tersebut. Akhirnya, sesudah sampai pada usia empat puluh tahun, wanita itu berkata, “Berikanlah kepadaku lelaki separuh umur.”

Dr. Nasir Al-Umar Hafizahullah telah menceritakan kepada kami, sebagaimana yang tertera dalam risalah As-Sa’adah Bainal Wahm wal Haqiqah, mengenai seorang perawan tua yang bekerja sebagai doktor, di mana dia menjerit-jerit sambil mengatakan, “Ambillah ijazahku dan berilah aku seorang suami.” Dia mengatakannya pada pukul tujuh pagi pada setiap hari.

Wanita tadi berkata, “Suatu masa yang menjadikan diriku gusar dan membuatkan air mataku menitis. Mengapa? Aku duduk di belakang pemandu dalam perjalanan tempat kerjaku. Atau lebih tepatnya kuburku atau penjaraku. Aku mendapati para wanita beserta anak-anak mereka yang sedang memerhatiku dan memandang baju putihku, seakan-akan ia adalah kain sutera Iran, padahal menurut pandanganku ia adalah pakaian berkabungku. Aku masuk ke ruang tempat kerjaku sambil meletakkan stetoskopku yang seakan-akan ia adalah tali gantung yang melilit di sekitar leherku. Dan sekarang, lilitan ketiga itu telah sedia untuk disempurnakan lilitannya di sekitar leherku. Sikap pemisis membayangi diriku pada masa akan datang.” Lantas, dia menjerit, “Ambillah ijazahku, jubahku, seluruh buku rujukanku dan harta kekayaanku. Katakan padaku panggilan, ‘Mama!” Kemudian, dia membaca bait syair berikut:

Aku telah berharap dipanggil sebagai ‘doktor’
Dan itu telah terlaksana, namun aku tidak memperolehi apa pun dari panggilan itu
Katakanlah kepada kaum wanita yang (hanya) melihat kepada kemasyhurannya
Hari ini dia berada di tengah-tengah manusia sedang menyesali dirinya
Seluruh angan-angan sebahagian budak kecil dia kumpulkan
Namun, mungkinkah dia membelinya dengan hartanya.



p/s: bersambung sini (bab dua)… untuk cerita dari sudut pandangan aku.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...