THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Wednesday, June 26, 2013

Cik Tina

Assalamualaikum.

Inilah cik tina!
sajer nak wat promosi...

Monday, June 24, 2013

Aku pergi service motor.


Assalamualaikum.

Hey,aku dah servis motor!
susah gak nak carik tempat untuk bahagian motor ONLY. Coz kebanyakan-nya focus utamanya pada repair kereta. Benci betul. Sebulan merayap untuk carik... lastly, Alhamdulillah.

Aper jek aku buat:
-tukar minyak hitam
-tukar plug baru
-tengok brek
-cek rantai
-tayar (dia kata OK lagi).

So, semuanya RM 33.00. aku siap ada baki isian minyak hitam tu tau... so, next two weeks aku boleh save sikit. Hehehheh....

Uncle yang pomen tu pun friendly. 
So, my reblack (red + black) = sedia untuk di pacu.

Bye!

Sunday, June 23, 2013

cerpen: lelaki bermata biru


Seperti kebiasaan, stesen KTMB Kepong sesak dengan orang ramai di waktu petang. Suasana harian untuk orang yang bekerja balik ke rumah masing-masing. Kembali pulang ke sarangnya. Sambil memegang tali beg belakang, aku berlari menuruni tanggga demi mengejar kereta api yang baru sahaja berhenti. Menambah kelajuan, akhirnya aku berjaya sampai masuk sebelum pintu ditutup. Nafasku kencang akibat kepenatan. Mataku mula meliar di dalam kotak putih itu. Melihat sekeliling untuk mencari kerusi kosong, tetapi hampa kerana semuanya sudah diduduki. Namun mataku tertacap pada suatu ruangan yang lebih lenggang berdekatan dengan bahagian lelaki. Dengan cepat, aku berjalan ke arah itu dan meletakkan beg belakangku disudut atas lantai. Aku mengeluh perlahan, lega kerana sempat sampai tepat pada masanya, walaupun hampir-hampir ketinggalan.


Bila kereta api mulai bergerak ke hadapan, aku mememegang tiang besi yang tersedia. Dan sejenak, terasa sesak selepas menarik nafas yang menusuk oleh kepelbagaian bau peluh dan aroma minyak wangi yang bercampur-aduk. Kepalaku pening. Badanku lemah. Sedikit perlahan, aku menarik keluar gula-gula Hacks hitam daripada poket seluar jeansku, membuka balutan plastik tersebut dan memasukkannya ke dalam mulut. Mp3 kecil pemberian kakak aku mainkan lagunya.

Daripada stesen ke stesen telah berlalu. Aku cepat membuat analisa. Kedudukan kerusi tepi sekali adalah diduduki seorang lelaki yang terhalang dengan bukaan surat khabar The New Strait Timesnya. Tampak selesa dengan dunia pembacaannya sendiri. Dua tempat duduk selepas itu, kelihatan seorang budak lelaki lingkungan lima tahun duduk di atas ribaan ibunya serta budak perempuan yang melutut menghadap pemandangan luar. Tangannya terlekap di kaca jernih itu sambil mengeluarkan kata-kata yang sedikit pelat. Berdiri bersamanya pula adalah wanita cina lewat tiga puluh. Turut serta, mungkin kawannya, sibuk berkongsi cerita atau masalah dalam bahasa mereka.

Apabila Kuala Lumpur menjadi pilihan seterusnya. Pintu dibuka dan orang ramai berebut-rebut menyerbu masuk dan mula memenuhi ruang tempatku berdiri. Aku kerut dahi dengan suasana yang menyebabkan terasa lemas dan tersepit dalam lautan manusia. Aku juga terpaksa menarik beg belakangku dan menyandarkannya di kaki kiri. Gula-gula Hacks hitam aku buka untuk kali ke dua. Tanpa sedar, aku terlihat kelibat seorang ibu muda menggendong anaknya yang sedang tidur. Wajah kepenatan menampung berat anaknya jelas tergambar. Hatiku dihinggap rasa kasihan. Aku mengharapkan agar ada orang yang berhati baik dan sudi memberikannya tempat duduk. Dan kereta api bergerak lagi.

Melepasi dua stesen, tiada siapa mempedulikan atau buat-buat tidak menyedari kewujudan kesusahan wanita itu. Aku tidak rasa bersalah tetapi memegang sikap bertanggungjawab. Seminit menarik perhatian, aku bertanya kepadanya dengan nada yang sesuai.
“Jauh lagi ke puan?”
Dia menggangguk sambil menyebut perlahan perkataan ‘Seremban’. Seremban? Lagi jauh daripada destinasi utamanya. Aku senyum segaris. Peta perjalanan yang terpapang di atas pintu kereta api aku pandang sayu. Tindakan aku pantas mencari seseorang,  melihat siapa yang mungkin boleh meringankan bebannya. Dia! Ya, dia. Hanya dia calon terbaik. Lelaki di balik surat khabar berbahasa Inggerisnya itu. Otakku mula berdolak dalih akan mengapa harus dia. Rasanya aku betul. Dan aku tidak salah untuk menyuruhnya berdiri dan memberikan keselesaan pada wanita tersebut yang sangat memerlukan. Ini kerana, bukankah ini ruangan untuk bahagian perempuan? Dan dia adalah lelaki.

Caranya? Aku tidak tahu. Sesaat bertukar minit, aku redha. Menarik sekali nafas, kaki kanan pun mencari mangsa. Bila kaki bertemu kaki. Lelaki itu sedikit terkejut dan menurunkan surat khabarnya. Mungkin marah akan gangguan yang diterima. Keningnya sedikit terangkat sambil memandangku. Aku terpana! Lelaki bermata biru. Tanpa sedar, aku merenungnya. Mindaku menjadi kosong. Aku kaku tanpa kata. Dia kelihatan dalam lingkungan 20-an dan mempunyai rambut coklat kehitaman, pipinya bersih dan bibirnya terbentuk seindah ciptaan Tuhan. Dia sempurna.

Sepantas kilat, mukaku mula terasa membahang. Aku digumpali rasa malu kerana menelek anak teruna orang sedalam itu. Cepat-cepat aku berpaling ke arah lain dan berdehem sedikit. Cuba menggembalikan kegugupan yang mendatang. Beberapa ketika, aku kembali memandangnya. Menarik nafas panjang sebelum berkata.
Excuse me. Can you please give that lady a seat?”
Penggunaan bahasa antarabangsa aku gunakan. Peka akan keperibadiannya. Mata biru itu memandang tanpa balas, dan jari telunjuk aku arahkan pada wanita tadi. Fakta yang aku bukan bercakap atas angin tapi atas dasar kemanusiaan. Manusia tetap manusia, kami bukan robot. Kami tahu penat dan letih. Dia aku lihat masih terdiam. Menampakkan peluang yang begitu tipis. Tapi, bila dia melipat surat khabar dan diselit dalam bag sandangnya. Dan berdiri di sebelahnya. Aku terpana.
Oh, sure. My pleasure.”
Aku menjerit senang di dalam hati. Usahku membuahkan hasil! Kemudian, aku menegur ibu muda tadi dan menyuruhnya untuk duduk. Dia sungguh gembira dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Aku hanya tersenyum lebar. Moga-moga dia dapat berehat dan anaknya tidak meragam. Stesen berlalu lagi.

Sepanjang perjalanan, aku berdiri. dia pun berdiri. Terasa mata biru itu memerhatikanku daripada tepi. Bahunya yang besar kadang-kadang tersentuh denganku. Aku berkalih sedikit. Jantungku bergedup laju. Keadaan yang sesak menjadikan ianya lagi sesak bagiku. 
 “Thank you.”
Dia mengucapkan ayat itu kepadaku. Aku kerut dahi. Kenapa harus berterima kasih padanya? Aku sepatutnya yang berkata begitu kepadanya. Dan memandangnya pelik. Dia memberikan aku senyuman ikhlasnya. Aku tiba-tiba terasa diawangan. Sangat sempurna! Jarinya menunjukkan bekas tempat duduknya, aku mula memahami maksud ucapannya. Aku menggangguk dan kami berbalas senyuman.
You’re welcome.”

Bila stesen KTMB Terminal Bersepadu Selatan diumumkan oleh pembesar suara. Aku menjijit beg belakang dan menyandangnya ke bahu. Destinasi aku sudah sampai. Untuk kali terakhir, aku merenung ke dalam mata bitu itu. Tidak tahu kenapa. Dan dia juga tidak berkata apa. Bila pintu dibuka, aku pun berjalan ke luar kereta api. Orang ramai yang keluar masuk aku turuti alirannya. Dan bila  pintu tertutup, kami saling berpandangan dan lelaki bermata biru itu melambai perlahan. Aku tidak tahu harus membalas apa, dan bila keretapi bergerak perlahan, laju dan menghilang daripada mata. Barulah aku mengganggkat tangan kanan sebelum menggenggam erat. Senyuman aku sembunyikan. Dia adalah lelaki bermata biru. 

The End
Choi! Sweet-sweet dengan rasa misteri seram sejuk gitu kan. Hahahh. Sebenarnya ini adalah true story but just adjust hentam sikit-sikit bagi nampak pro. Even aku pun tak tahu nak karang apa.

Bye!

Sunday, June 16, 2013

Saat kita bersama: I missed you!

Assalamualaikum.
(Pix-gambar raya tahun 2009/2010)


“…I could stay awake, just to hear your breathing…
Watch your smile, while you are sleeping,
While you're far away dreaming

…I could spend my life, in this sweet surrender,
I could steel this moment,
Forever…

Where every moment spends with you
Is moment I treasure…”

‘R.I.N.D.U—G.I.L.A’
Kalau kita dok jauh daripada family memang amat mencabar bagi yang perhubungan seerat ini. Seb baik aku tak dok seberang benua, kalau tak! Kalau tak! Kalau tak menangis, aku meraung. Huhuhuu, dok kat Malaysia pun dah rindu bagai-gane tu.

Kitaorang beradik (lapan orang), memang ginilah. Balik kampong jek kecoh satu rumah, sampai jiran sebelah pun ade jenguk-jenguk sekali untuk tahu apa yang meriah sangat. Diorang cakap: kalau ada gelak tawa, gelak sampai mengalir air mata-ada la tu sorang dua yang balik. Kalau bagai nak pecah satu rumah, mesti semua balik la tuh. Ada ke patut. Tapi, itulah reality-nyer. Seb bek sekarang rumahnya dah versi batu, so boleh tahan kalis gelak. Kuangkuangkuang…


Hurm, happy jek kan kalau jumpa. Banyak benda di kongsi, update gossip dan cerita terbaru. Even selalu/ hari-hari buat calling, SMS, video call--we chat, line, whatsapp, kakao talk--takkan sama, bila jumpa face to face. Really! Tak tipu.


Then, yang tak boleh blah adalah bila ceritakan balik pasal zaman kanak-kanak:
-siapa yang pijak kucing sampai kucing tu jadi arwah. (sebab tu rumah aku takde kucing sampai la ni)
-siapa yang pembawak basikal sampai ada ibu jari kaki tersepit. (sampai bawak klinik)
-siapa yang degil terlebih sampai ponteng gi ngaji. (coz nak tengok cerita P.Ramlee)
-siapa yang ajak guna papan skaeteboard turun bukit sampai tergilis dahi aku. (seb bek tak berparut)
-siapa yang baling baling underwear sampai kena marah mak ayah. (bengong)
-siapa yang duduk besor sangat sampai tertinggal sorang kat belakang masa naik motor. (aku ingat lagi)
-siapa yang takut nak raya sampai terberak kat longkang. (siap-siapa)
-siapa yang suap anak orang minum soft drink sampai tersedu budak tu. (terjal tak bersebab)
-siapa yang selalu panjat pokok jambu dan buat cam rumah sendiri. (siap cop setiap cabang dahan lagi)
-siapa yang bising bila raya dapat dua poloh sen jek sampai dengar dek tuan rumah. (kahkahkah)
-siapa yang takut main pantai sampai poket seluar penuh pasir pantai. (ahaks! Ngaku cepat)
-siapa yang patahkan pintu peti ais bahagian freezer dan takut sampai nak lari rumah. (tak matang)
-siapa yang selalu pergi ikut lelaki pergi mancing ikan belakang rumah sampai kena marah mak. (lalalla)
-siapa yang pernah sorok duit poket orang lain sampai sekarang tak ngaku (yok-oh)
-siapa yang selalu ‘press/dry’ baju sampai kalau job tu ada orang dah amik, dia takkan wat kerja rumah.
-siapa yang tukar duit dua hinggit dengan duit dua poloh sen sampai kena tuntut hutang. (choiii)

Siapa-siap-siap-siapa???
Kahakhkah… inilah segelintir story yang pernah berlaku dalam family kami masa bebudak dulu. Bila semua dah besar, dan sekarang ada yang kerja dan belajar jauh-jauh… Sebab tu susah kitaorang semua nak kumpul cam dulu. Bila yang dah kahwin, lagilah terikat dengan family sendirik. Hanya time raya la selalunya kami dapat membawa erti se-family. Missed you all so much!   

One more thing benda menarik yang nak di kongsi adalah saiz badan dan ketinggian kami semua lebih kurang sama jek. Daripa mak, kakak, aku dan adik (untuk kaum wanita jek la). So, kami akan bertukar-tukar baju raya, t-shirt, seluar sesame sendiri. Jimat kan! Variety baju pun boleh pilih mana berkenan. Ni la keunikan-nya.

Kekadang untuk hal pakwe/makwe pulak-mak ayah tak tahu, secret sesame sendiri (adik beradik). Bila dah serious, baru nak kecoh kat parents. Hahaha, siapa yang tragis buat semua ini. Aku tak de special lagi. So, tak termasuk list.

Anak sedara setakat ini, empat orang: Ziqa, Alia, Haris dan Hafiz (dua perempuan, dua lelaki)… ni lagilah aku rindu kat mereka semua. Dah besor gak memasing. Ni gak la pengubat rindu mak ayah (atok and nenek mereka). Yek la, anak-anak dia kekadang segan gak nak manja-manja cam dulu, so cucu la pengganti terbaik.

Last word: Tunggu aku balik time Raya nanti yek! Cannot wait.

Assalamualaikum.

Saturday, June 15, 2013

Denim Jacket: Kembalikan Rock yu'uuu anda

Miranda Kerr-super sweet
Assalamualaikum.
Amacam? Cute giler kan Miranda Kerr pakai baju denim jacket and maxi dress. Memang nampak jiwa muda versi ayu rock tahap meleleh kan. Hohoho... tetiba self esteem naik mendadak even aku bukanlah si pemilik yang di puji. So, tak rugi la kan kalau aku gi beli denim jacket masa tu, entry lepas... Sempoi!
Taddaaa. Nilah jacket aku (yang kanan tu):


Biasa-biasa jek kan. Aku actually suka kat cutting dia yang ada kat depan (seperti di dalam gambar) dan belakang (seperti tiada di dalam gambar). Hhehhe, jangan marah.
OK, Aku malas nak cakap banyak la... mari kita citer pasal denim jacket/ jeans jacket.

Jessica Alba and Heidi Klum pun sambut seruan aku tau...
Ahaks! Selebriti Hollywood pun rilex jek pakai benda alah ni kan. So, aku pun semakin terasa bersemangat yang berkobar-kobar la nak gayakan ni. Heheh... korang jangan jeles keyyy. Untuk nampak sedikit kemelayuan-nya, boleh try ngan maxi dress, Untuk yang jenis gila ranggi cam aku, yang suka ala-ala sempoi gila-gila. just pakai seluar and shirt/ blouse inside. Cun!

minah ni la sumber inspirasi aku!
I like sesangat kat gaya di atas... One day-one day-one final day... aku akan cenggini, tengok la. So, aku dah pasang niat, selain kompol cardigan bebanyak-aku nak wat koleksi denim jacket pulak la. Kokokokokoooo...
P/S: Sok aku der event, isnin aku der class, dan selasa aku ada BLS programme. Any one of the day aku akan pakai gaya gini. Jeng-jeng-jeng... rock with me, bebeh!

Lukisan aku

Assalamualaikum.


Terbabomm!
Hah, inilah lukisan original versi aku-tapi ayat versi orang lain. Kokokoko… aku sebenarnya lebih minat wat lukisan gaya gini daripada lukish’ gambar orang. Dan kalau pemandangan pokok/ laut/ pantai/ gunung-bukit, aku suka gak. Sebab aku tak suka lukis gambar orang? Banyak sebab dia:
1-      Aku kalau lukis muka orang mesti jadik muka Brad Pitt, nanti mesti korang akan terlanjur perah santan-nya.
2-      Nanti kalau aku telek kau lelama, mesti dan mestinya ada yang falling in love. Kalau kau tak, aku mungkin yang terjatuh. Korang suami orang? Naya aku.
3-      Daripada aku lukis gambar orang, lebih baik aku lukis gambar sendiri!
4-      Suka hati aku la, aku nak lukis apa.
5-      No reason.

Lukisan aku surely hanya untuk suka-suki, mana ada orang nak beli ye dak. Kalau soploh sen satu, maybe diorang nak la. Itu pun mungkin mereka yang tiada sifat seni nya. Ops! Den sodar siapa diri den. Sob, sob, sob…

Guess, aku letak lukisan ini kat ner? Cepat cer teka.
Ruang tamu? Nope.
Ruang makan? No, no, no.
Toilet? Sadis betul-nope.

Hailoo, aku letak kat bilik aku la. Biar berseri-meri bilik aku tu, yer dak. Aku sekarang dah ada roommate baru-dak Chinese yang satu department ngan aku. Dia pun just tumpang dua minggu/ bulan. Heheh, leh la jimat half duit poket. We’re in business!


P/S: Manager aku cakap, prestasi aku dalam kelas amat membanggakan. Ganer dia boleh tau? Lecturer aku cakap gitu, aku tak bodek ae. Ayat 101% aku repeat apa manager aku cakap, aku? Aku boleh gelak besor la… ada gak yang appreciate usaha aku selama ini. Yabeda beduuu!

Friday, June 14, 2013

Jangan memandang halal begitu sahaja.

Assalamualaikum.
Aku ni sebenarnya rajin bila bab jejalan dan menderma kat kedai or butik yang jual baju segala. Almaklumlah, ter-lebih kaya (uhuks!). Actually, kitaorang nak carik kedai pomen motor berdekatan sini… tetapi bila puas gi sana-sini. Takde! Dan hanya banyak kedai service kereta, kereta, kereta dan kereta lagi. For not wasting our time, kami bawak motor gi KTM berdekatan dan nek Train plus Monorail ke Berjaya Times Square. See? Motor kemana, kitaorang ke mana… carik kedai pomen moto pun sampai ke shopping mall, agak-agak boleh jumper ke?

Memula ingat sajer nak cuci mata sambil exercise kaki. Sempat gak keluar Rm50.00 coz nak top up kad Touch and Go… FYI, semuanya hanyalah impian tinggal impian coz diorang cakap;
‘Harap maaf, perkhidmatan kad Touch and Go menghadapi sedikit masalah perkhidmatan. Terima kasih.”  Kasih di terima wahai sedaraku… So, cuba untuk sorok duit yang sangat berharga itu. Tapi, bila sekali dah beli cardigan ungu yang just soploh hinggit: Cantik? Sesuai la sangat ngan kasut Reebok aku tu.


Beli pulak selendang and denim jaket-semua kau sapu. Aku punyer (picture) yang sebelah kanan. Ni la padahnya bila, kawan aku ni sibok bebenar nak carik jaket… kau pun tumpang sama! Habis duiiit.

Kembali ke ke-focus-an dunia asal, kenapa aku tulis tajuk ‘’JANGAN MEMANDANG HALAL BEGITU SAJA” coz kitaorang sempat jumper lawyer in the vintage shop-kedai jual jacket jeans tu la. Memula survey apa yang berkenan, pastu bila nak balik ter-jadik mesra alam terlebih dengan pemilik kedai (nasib baik anak bongsu dia yang ada time tu just Form Three-kalau tak dah lamer den ngayat). Dia pun story mory la pasal dunia HALAL= jangan sesenang beli something yang kita sendiri ragu akan sumbernyer (whatever if diorang cakap korang kolot and tak up to dates). Dia siap cakap lagi dalam BTS tu, kedai mana ramai orang pakai tudung simply beli makan kat kedai Cina. Jeng-jeng-jeng…

Kitaorang dengan gaya ala CSI, pun survey la. Pusing sana, pusing sini kat tingakt tiga tu. Sampai one time, rasa fed up coz tak jumpa. Dan mungkin takdir Allah penentu segalanya… Ehem, Choiii!!! Betul siot. Guess what? Der gak dua tiga kakak-kakak sekeluarga beli, siap beratur lagi… pastu bagi anak-anak makan, jadik darah daging. Then and then kitaorang gi dekat sikit kat premis tu. Tulisan cina plus English. No malay words…  Tambah bulat mata adalah: Hey, cap logo Halal pun tarak. Muka si penjual pun berkali-kali pandang 201% chinesse. OMG!!! Why, why and why…

????!!!!!... Pandang sesame sendiri dan gi dinner awal (kol 6 petang) kat Subway. Hurmm, bila nak bezakan KFC, Mc Donald, Pizza… Subway juga pilihan hati kami bukan kedai tu OK. Bread + sayur = khasiat banyak. No sweat! Kenyang gila. Op kos, dah tu -paling murah, pilihan sub of the day. Hahhah, tax service jangan luper… campur semua and air mineral=Rm9.00.
Overall, tiga barang aku rembat- costly, Rm 10+ 20+ 5= Rm35! (berbaloi). Tak campur duit tambang KTM, Monorel gi balik lagi okeh…

Sempat sembahyang Asar yang diujung waktu kat KL central (insaf-insaf), dan pulang kembali ke tempat asal. Bila balik naik motor, kitaorang just gelak… mana mat pomen motor hang?


P/S=Tapi, asal diorang yang superb banggang makan kat kedai tu ek??? Huishh…

Thursday, June 13, 2013

Fashion: Headband


Assalamualaikum.

When i see those type of headband by the models.
I like... so cute!
Wanna try, wanna try, wanna be me.
Can, meh?
‘Confidence is high. Repeat. Confidence is high'.
Hehhehehe.
But, of course in my own style.
Yup.
Be ready.

FYI, talking about headbands... i don't have one.
None.
I'm serious.
And i'm bit disappointing actually.
Did my project gonna be only a dream which cannot be achieve?
Huhuhuuu...
So sad.

Luckily.
Idea coming.
When my critical thinking work on.
Oh,
My lovely maxi dress is everything.
I use the belt as a headband!
Efforts must be double to make the belt like a headband.
Just look and be surprise.

Scroll down, please.

Theme: vintage!
Give me that award!

Tell me something i don't know.
Cheit.
Hahhahah...
Delete that, delete that.
Do not be so proud okay. That's not good.
: )

Anyway, everything it's so awesome and cool.
Bye!

Wednesday, June 12, 2013

Bila aku membebel

Assalamualaikum.

Hey, dua hari lepas aku der kelas. You know what? Aku bangun lambat pagi tu... Tu pun sedar bila my house mate nak gi mandi. Terus kelam kabut capai towel n mandi ala koboi + pakai jek baju si polka dot (baju jenis ni tak payah iron)... Hahhahahh... Sumbat kunci, id dalam lappy punyer case Dan out. Cepat-cepat!!!

Bila dah masuk dalam lif. 
Aisey man, aku tertinggal handphone-lambat+dendam coz alarm tak bunyi tadi. Aku pun boleh hidop la tanpa benda ni semua. Challenge yourself, dude. Aku teruskan niat turun ground floor and start merempit. Then and then, aku langgar jek lampu merah- op kos bila line clear! Maap la yer, den dah lambat dah ni.

Sampai kat train, bayar parking... N tetiba tengok duit kat tangan just de empat hinggit! OMG, seb bek tiket-rm2.90. Dengan seringgit tu la aku merentas pagi yang dingin (aircond dalam train tu sejuk giler). Acid juice dalam perut pulak siap sedia merembes keluar. Laporrrr... Tak breakfast lagi. Uhuks!

Sampai sane, orang yang jual nasi lemak, bihun,kuih tepi jalan... Memang merenggut nafsu betol. Aku benci! Memula aku ingat nak naik bus (tambang dengan sehinggit tu la)... Tapi Allah maha Berkuasa, de shuttle van berlogo tempat aku kerja baru sampai. Uhuiiii, jimat duit aku- boleh beli roti 70sen nanti. Alhamdulillah.

Turun van-tempat pertama aku tuju adalah pharmacy. Coz diorang de jual gak roti sekali. Dugaan sekali lagi adalah bila pharmacy bajet cool tu tak bukak! Wahhhaaaaaa... Aku rasa nak nangis. Pergi cafeteria, harga makanan situ memang tersangat membunuh. Kuih tiga bijik-rm1.80... Kalau aku cakap, boleh hutang 80sen tu dulu... Agak-agak diorang accept tak? Huhuhhu... Nak gi ATM sure tak sempat (jauh). 

Dengan perot lapor, aku masuk kelas- terus group aku kena buat presentation first. Aku hanya boleh geleng kepala sambil tersenyum (dalam hati, aper ke bengong la diorang pilih group aku dulu). Siap presen and jawab soalan yang macam nak kena ketuk sorang satu. Lecturer announce untuk break fifteen minute. Heaven!!! Aku tanpa toleh ke belakang, terus chow ke ATM then ke news.com. Beli roti dua and air mineral. Kebulur...

After makan, barulah energy going up and sedia untuk terima ilmu sepanjang hari tu... Yehaa!!! Oleh kerana makan pun kol 11.30 pagi, aku BRUNCH (breakfast cum lunch). Skip la makan tengahari. Petang untuk tea break-aku makan cengkodok yang empat sehinggit. Murahnyer... Rasa cam nak beli 100 bijik. 

Habes kelas, naik train and tunggang motor balik rumah. Langkah kanan kata orang kerana rezeki dapat makan nasi lemak yang my house mate masak, terhidang cantik lagi...Dan der sambal petai lagi tuh. Yummy! Tanpa mandi/ basuh muka dulu- makanan perlulah di utamakan sambil layan Drama Teduhan Kasih. Kahkahkah...

Bila dah kenyang, segarkan diri anda Dan layan cerita cina kol 10 kat TV3... yang sememangnya membuatkan aku macam kena inject midazolam- zzzzZzz. 

Esoknyer (semalam), gi kerja Dan tunggang terbalik dengan lima-enam case. Fuh!

Itulah kehidupan hidop yang aku nak pot pet sebenarnyer.

Moral of the story- aku boleh hidop la one day even tanpa handphone. Wa cayalah sama lu. 

Saturday, June 08, 2013

Friday, June 07, 2013

Pandangan wanita: Lelaki dan sex

Assalamualaikum,

Ini cerita beberapa minggu lepas:
(UNDER 18 Y/OLD-panduan ibu bapa amatlah di perlukan).


Toing! Apa benda di orang tengah cakap nih. When you're pregnant, sometime will you felt horny? Soalan yang tak berapa nak cepu masnya bila kawan aku, tanya sorang kawan lagi yang baru tiga bulan mengandung... Aku yang terlibat sama dalam situasi kencang tersebut, dengan innocentnya kena dengar sekali. Tajuk luar alam dah ni... perdana menteri Sovoskadialaperkasa pernah berkata: ilmu ada di mana-mana, so 'kena' dengar nih. (lebih-lebih lagi bila story tentang...ehem-ehem). OMG!


But, bila over limitation mind aku nak download semua apa yang syok di chit-chat... banned and sensor bangang punyer jalan cerita:

"Oh come on beb, calon suami pun tak muncul-muncul lagi korang nak cerita pasal sex theraphy!"

Bila cik pikir macam itu, Ayat balas daripada kawan aku:
"Oh come on my friends, ini for your future la. One day, you'll gonna to face it for sure. Buat apa nak malu???"
"Yeah, for future, tapi mestikah di ceritakan sekarang???" (budak berlagak baik)
"Yup!"

Sumpah, aku dan kawan yang lelain (single in list) dalam enam tujuh orang kena brain wash dengan cerita gaya gini. Gila-gila-gila...

"Nonsense la kalau lelaki itu cakap dia tak pernah *pancut... Bigger loser la. Ntah-ntah video lucah privately berlambak kat dalam lappy kot. Kantoiii..."
Kahkakah.... Dirty mind! Kau ingat kahwin untuk sex jek ker? Woishhh... Tu lelaki gila seks namanya. Simpang malaikat empat puluh empat.


"Maybe.... Bila kita fikir macam tu sebab kita perempuan, boleh tahan lagi. If lelaki, no time to wait."
"What???" (tetiba terkezut, padahal... tengah cover line takut manager datang).
"Oh man, if he want to f*** you, (pastikan yang surely halal) they'll just do it. Hahaha... Just enjoy! Diorang yang penat, kita relax jek (mendalam maksudnya tu)."


??? Choii... Berlebih-lebihan masuk bab munakahat kan diorang semua ni. So, salah satu cara nak larikan diri daripada kawan yang tengah semangat sensual aura berbahaya tu...

"Uit, blah la jom... Kang tak pasal-pasal diorang cakap kita curik tulang."

"Buat apa kau nak curik tulang kawan, ingat kita ni kucing??? curik la BMW ker... Tv Plasma ker... Baru masyuk! Orang tengok pun pandang dua tiga kali. Kahkahkah..."


Bengong punyer kawan!




Hurmm... ada betulnya cakap kawan aku tu, dunia makin maju-porn club merata-rata. Lelaki, tetap jugak lelaki. So, just add 'lil bit ilmu camni, make sense la kan. 
Shoot! (aku harap kawan aku tu cepat la kahwin).

Kamus hidupku.

Assalamualaikum.
Ehem-ehem,

Aku sebenarnya tengah buat assingment yang gila 'senang'.
0.0
So, coz terlalu 'senaaaaang-nyer'-aku lari tajuk jap sambil stalking blog sendiri.

Then, aku tetiba excited nak post something,
 but suddenly top block... blank tak tahu nak tulis pasal apa.
Pandang kiri kanan,
aku cer carik something better than daripada merepek-meraban cakap sendiri.

Ahaks!
Cause,
Aku nampak ini:



Kau tau ini apa?
Inilah kamus hidup aku yang sebenar!
And tambah sweet is betapa bersejarahnya ialah kerana sudah lapan tahun kamus ni bersama-ku. Bersama-selamanya... Like Digi ads song.
With that fat yellow man yang said, i follow...

Lihatlah betapa setianya kami.
Love in the air?
And kalau kahwin pun mesti dah dua tiga anak.
Kuangkuangkuang...
Seb baik kau ini kamus.
If kau tak purpose aku, biar aku purpose kau.
Hehehe...

Dan kalau korang nak tahu- kamus ni jugaklah penyelamat yang bagus sekali.
Safety first- dia mampu menghadang kita daripada sonar sinar UV, hujan ribut petir, serta... penyelamat daripada sampah masyarakat (yang suka dok kacau orang).
How?
Baling jek kamus super mampat ni kat muka/kepala diorang dan lari sepantas yang boleh.
Run bebeh, run.
Gerenti dengan jaminan, diorang akan bengong seminggu. Hahaha... Aku tak pernah buat lagi la... coz kalau diorang kacau, aku bagi jelingan maut.
 Der berani??

Hope so aku dapat kept benda ni sampai anak cucu, then boleh jadik bahan antik. Yok la-sekarang kan makin paperless... mungkin in 2030, no books at all.
I-book maybe.

*sila abaikan gambo kartun samurai cute kat situ-itu zaman pra kematangan sebab sanggup beli jajan satu, untuk percuma sticker. Cause rasa kartun tu cute cam tuannya jugak. : )

So, itulah keperluan kamus dalam hidup aku. Untuk nasihat terakhir pada entry kali ini adalah: dapatkanlah kamus anda sendiri di pasaran sekarang.
Chooiii, ingat aku ni  duta kamus ker????

Bye!!!

Thursday, June 06, 2013

Cerita di Facebook.

Assalamualaikum.

Beberapa hari yang lepas, aku ada bebrapa kali free time. Rasa macam tak ada benda nak dibuatnya. Pelik jugak time tuh, but i like it. Jadiknya, aku pun dok men stalking Facebook orang lain. What a wonderful task i had done!
Mungkin wall korang tersenarai gak…

And banyak aku nak komen pasal FB nih. Lagi-lagi part der some ayat yang sampai geli tekak aku nak membacanya! What the awkward moment do you think you are untuk buat post gaya gitu?
If diorang tak feel awkward-nyer, aku sendiri yang rasa.
Sampaikan aku sendiri tak percaya yang aku telah terlihat atau membacanya pada hari penuh bersejarah tersebut. OMG, I wish you wouldn't do that, my friend. 

Apa tanya korang la, apa pendapat korang bila baca ayat like:

Nak masak apa hari ni? -OMG, itu tak pelik ker?
Sorang menyulam kasih sampai gedik terlampau. -Psstttt, tu pun nak post ker?
Story pasal gaduh pakwe makwe plak -Itu pun nak kecoh ker?
Ada mengamuk caci cikgu coz kena berhenti school -Knowledge will never end dude, itu pun nak gak ker?
Suruh orang like post dia -I hate it. Itu nak memang dia cari publisiti. Publisiti murahan?

Aku pun pelik bin ajaib bagi kengkawannya yang dok ‘like’ reramai but no comment kat dalam tu. Like, 9999 likes, and one comment.
Hampeh.
Korang ‘like’ coz makan rasuah or sebab ke-bengong-an si penulis!

Pastu ada yang tak boleh blah, upload gambar muka/ selfie cam baru bangun tidur dan seksi meksinya tu.
What, are you trying to poison me?
Ini bukan pencarian gambar untuk watak filem seram the movie!
I think they trying to toyed with my emotion. Dan aku, cannot tahan daripada gelak sesorang depan lappy or handset dan menggelengkan kepala enam juta kali.

You just look so stupid posing like that, for sure.
It’s too much now.
Jangan buat lagi la weh…
Tolonglah.
Before i press button, unfriend you. 

Daripada tinjauan aku yang rajin turun padang bila bab community commitment ni adalah biasanya bebudak sekolah ke universiti and under 25 y/o la sokmo wat post gitu. Zaman muda katakan… pakwe/makwe lak keliling pinggang. Tak/ terlebih puas hati sikit, post kat Facebook.

Just imagine yang mak bapak korang baca post tu… mesti malu setahun sampai takut nak balik kampong!

Hohohoho… yang dah kahwin, biasa banyak upload gambar anak daripada wife/husband sendiri. Ni consider, aku paham and no comment lah. 

Advice: cubalah pikir sembilan ratus sepuluh kali before korang tekan button post, okeyyy… Please, don’t post anything yang korang sendiri rasa menyampah nak membaca atau menengoknya. Sorry to say dude, ada empat lima orang yang aku (tak payah pikir panjang) UNFRIEND. If I knew that, I wouldn’t be standing here with you guys, would I? 

What happens is not as important as how you react to what happens.
Adious.

p/s-sila jangan hack aku punya Facebook pas ni. 

Tuesday, June 04, 2013

Dessert: Cendol Bujang.

Assalamualaikum.

Hallo ha! Sekarang ni cuaca tak menentu… jap panas betol, kejap hujan lebat-selebatnya. Then, kaadang-kadang malam tu sampai berpeluh-peluh tidur-macam mimpi di kejar Xena(gempak Starz). Aku pun tak tau kenapa dia kejor aku, mesti dia jeles la tu…. Aku kan lawa. Kahkahakah. Ingat nak jimat bil elektrik bulan ni… tapi, dek kerana panahan matahari yang (*^%&%) maka kipas telah menjadi watak utama. Apa boleh buat. Lumrah kehidupan…

Cut.
Masa lepas dinner hari itu dan sedang kitaorang chit chat pasal hal dunia… ada kawan aku siap offer nak buat cendol. Kitaorang pun, rezeki jangan di tolak dan musuh jangan di carik. Nama cendolnya pun unik bin pelik- ‘Cendol Bujang’… biasa cendol mesti ada gula merah ++ santan ++ pulut ++ aiskrim! Tapi, dah katanya bujang trang-trang… so kitaorang tak de la nak collect tu semua dalam almari dapor. Takkan nak mintak kat Chinese dok sebelah rumah ni kan. Tak ke buat malu kaum jek nanti…Bujang pun bujang la kan. Ni first time aku try benda alah ni. Simple jek buatnya…

Meh, belajar memasak bersama Chep Diya.
Memula, tapis cendol yang ditempah import daripada negeri Kelantan. Dah tu, biar dulu dalam penapis… Bancuh gula dalam cawan + air panas(cepat dilute). Then, mek mangkuk yang paling cantik dalam dapur tu dan tuang cendol tadi dan air gula bersama. Last sekali, letak ais… wuhuuu!!! Jadik la macam gambar di bawah:


Yummy… walaupun boleh di kategorikan sebagai musuh kepada semua mak mertua (sebab pemalas sangat) tapi apa boleh buat. Janji boleh telan dan selamat menikmatinya bersama kengkawan or insan tersoooyang. Selamat mencuba.

Monday, June 03, 2013

beg plastic VS beg kulit.


Assalamualaikum.

Beg oh beg…
Hei, memang tak dapat di nafikanlah bahawa mungkin aku antara 1:100 manusia yang paling sempoi sedunia. Why? Semuanya hanya kerana beg. Op kos, beg dengan pompuan memang bagaikan air dengan tebing… tapi TIDAK bagi prinsip aku. Aku tak kesah pun kalau nak pakai ke dak. Dan aku actually lebih suka pakai beg belakang daripada handbag biasa. Nanti aku nak lari-lari or jalan-jalan senang coz aku memang tak suka ada benda kat tangan. Karang hilang: aku ingat kat sini tapi aku letak mana ntah. Dan biasanya untuk duit-phone semua aku sumbat  masuk poket. Amacam?

Dulu waktu kat kolej-aku everyday pakai, tapi sejak bekerja… hampeh. Oh yes… sejak dua menjak ni, ke-sempoi-an aku makin bertambah… malas sebenarnya. Korang tau kan aku merempit gi kerja. So pakai handbag silang tepi memang amat membahayakan. Dan oleh sebab aku punya beg belakang gaya orang nak gi trekking, maka aku dengan rela hati just guna beg plastic! Aku pun sumbat la id, buku garis satu, pen, charger… semualah. Buat apa nak lawa-lawa, beg masuk laci gak nanti. Keselamatan pun terjamin… mungkin ke-selamba-an-badak aku menyelamatkan semuanya. Ahaks!

Orait…
Alkisahnya, masa aku tengah nek train daripada kelas untuk balik ke rumah… aku baru perasan bahawasanya lelaki sekarang lebih mendahului aku 201%. Jeng-jeng-jeng…



Pheewit! Beg pun brand kulit… aku pakai plastic jek. Tu pun versi selonggok seringgit. Warna dan corak pun tak semnggah mana…  Mesti dia ingat, ‘apa ke selekehnya la budak ni. Ini KL you know’. Sedikit rasa malu gak la time tu, dah la siap berdiri depan aku sambil men handset. Tapi just sikit jek ke-maluan-nya coz selebihnya like what I care? Aku tak susahkan kau dan kau pun tak susahkan aku… mak ayah aku pun tak komen pa per. Janji rock wuu’uu!

p/s-aku may be pertimbangkan untuk beli beg belakang baru selepas apa yang berlaku. Next year punyer planning. Hahahha…