THE AUTHOR

My photo

Assalamualaikum and hello, o awesome readers!

I guess I'm pretty cool person. I likes be positive, helping others, writing and exploring.  Also a fan of happy ending. Even life is too serious as it is. This blog i called as my second heart. Everything with Allah blessing, i'll share those awesome moments in my life. Overall i think is a lot about my family. 'Cause i love them....LOL.

Thanks for all your support! It means a lot. Anyway, welcome to my life.

Saturday, March 31, 2012

Kuching, Sarawak: Cik Ziqa Up, Up Away...

Assalamualaikum.

Pada 25, 26, dan 27 Marc 2012- Cik ziqa and her family going holiday at Kuching, Sarawak with the Air Asia flight. Sungguh kejelesan terserlah bagi kitaorang semua yang tak dapat pergi sama atas tuntutan kerja yang berlambak-lambak-lambak menanti (hahah...ayat).

So, memandangkan aku pun tak gi-jadi nak explain more pun tarak boleh la. Ti lain pulak jadinya kan. Maka dengan ini- patik mewakili semua pembendaharaan mempersilakan rakyat jelata melihat some shoot yang berjaya di ambil sepanjang mereka di sana. Lai...lai... :

Gaya ala dapat gores dan menang-sampai terduduk keriangan-

Dinasourus datang Sarawak? Uhuk...

Super cute la kamu Cik ziqa-ngan topi pink-

-Cik Ziqa with her father-

-Cik Ziqa with her mother-

Pemandu pelancong yang sesat jalan. Ahaks!

-balik Johor semula-

..............Finish...........

Wednesday, March 28, 2012

Panduan: Amalan Sepanjang Hayat


Minggu lepas, selepas makan-makan di restoren My Friends sempena hari jadi mak kesayangan. Kitaorang sempat la merayau-rayau sekitar stesen bus Larkin (adik berlepas naik bus ke Perlis), yela perut sudah penuh jadi kena bagi turun la kan. Dari satu ke satu kedai kami masuk, macam orang tak betui pun ada (oleh kerana bajet lari, tengok jela).

Nak dibuat cerita, kitaorang pun masuk la ke sebuah kedai jual buku-buku agama. Dalam dok menelek-nelek, tiba-tiba mata ni terus tertacap pada sebuah buku. Warna dia biru pekat dan tulisannya kuning (kalau mata den tak kero la). Aku pun selak muka pertama. Emmm… sungguh menarik. Dengan belas ehsan kakak tersayang, dapatlah beli buku tu (akak aku pun beli satu).

Jadi, inilah dia buku setebal 126 muka surat:

Title: Amalan Sepanjang Hayat
Penulisan: Ustaz Ismail Bin Qamus, Ustaz Hj Abdullah Bin Abdul Rahamn, Ustaz Hj Yusof Bin Embi
Penerbit: Muafakat Enterprise Sdn. Bhd.
Harga: RM5.00

Harganya pun murah.
Kandungannya terdiri daripada,
1.       Amalan-amalan sunat mengikut taqwim Islam
2.       Peringatan sembahyang harian dan khusus
3.       Wirid-wirid selepas sembahyang fardu
4.       Doa-doa selepas sembahyang fardu
5.       Cara-cara mengkhusukkan sembahyang
6.       Wirid-wirid harian
7.       Doa umum
8.       Nama-nama Allah
9.       Gambaran Islam secara menyeluruh.

Bagi makhluk yang daif dan baru nak merangkak mendalami Islam macam aku ini , buku sebegini mungkin boleh menolong. Ianya lengkap  daripada doa ke wirid. Amalan detik korang celik mata daripada lena yang panjang hingga malamnya korang nak tutup mata, semua ada.

Walaupun bukanlah pakar dalam bab agama. Namun satu nasihat percuma untuk korang semua:
Tak salah andai kita hendak berubah sekarang dan jangan sampai terlambat hingga masa yang menghimpit kita.

^^ Beringatlah selalu bahawa mati itu tidak mengenal umur, kaum dan kedudukan seseorang.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan hati ini tetap bersama-Nya.

Wednesday, March 07, 2012

'Lil princess with her red Rabbit

Assalamualaikum.

Hey you, 
A 'lil girl with your rabbit bicycle's. 
Why you must look damn cute and very mengancam habis. 

I hate this, i hate this.
Comeeeellll sangat!
Awat la hang so cute.
Geram, geram.

Meh see how ragam masam manis cik Ziqa, 
Check it out :


Tong cat pon kau sapu sekali.
Ish dia nih.

First bite of the cherry: Women side


“When I see your face, there’s not a thing that I would change.
Cause you’re amazing, just the way you are.
And when you smile, the whole world stops and stares for a while.
Cause girl you’re amazing, just the way you are…”
                                                -Bruno mars: just the way you are-

Setiap individu mempunyai persepsi cantik yang berbeza-beza. Ramai yang kata kalau muka cantik, pakai apa-apa pun tetap cantik. Namun, ada juga yang begitu sarkatik terhadap maksud kecantikan. Tidak ketinggalan pendapat: janji sedap mata memandang,sudahlah.
Kalau dulu, baju kurung menjadi keutamaan. Kini, pemakaian seperti gaun, kemeja, blous, skirt dan lain-lain lagi menjadi pilihan ramai. Ditambah lagi dengan lilitan maut si pemakai selendang atau hijab. (jarang dah nampak orang sekarang pakai tudung empat segi bercorak-corak, kan).

You’ll turn up like a bad penny when talking about women and fashion. Sok, sek, sok, sek…. Brand, trend, and beauty (B.T.B) are those thing were closely related to women life.
So let’s survey from up to bottom, what made a perfect women:

1.       Hair styling
-rambut adalah mahkota setiap wanita. Penjagaan rapi akan melahirkan kecantikannya. Dan jangan terkejut biawak andai ramai wanita kini sanggup berhabis beribu juta ringgit hanya untuk rawatan  rambut sahaja.
-the treatment included: cutting, washing, coloring, shining, rebonding….
 -tip jimat seperti mak cik sebelah rumah ini, gunalah Rejoice: rambut korang akan lurus selurus pembaris dan senang diatur, guna jari pun boleh.

2.       Make-up
-nowadays, a lot of brand and good quality make up can we seen. From the MAC, Maybelline, Silkygirl, Revlon…
-banyak lapisan (macam kuih lapis) yang korang akan sapu dimuka. Sebenarnya, solekan yang baik pastinya mampu menutup segala cacat macat, parut lama, jerawat batu bata dan jeragat di muka. Dan tidak ketinggalan, muka korang akan lebih putih daripada biasa, kan. Cayalah!
-pastinya hormone adrenalin korang meloncat ke tahap maksimum sekiranya korang dapat barang solekan yang selama ini korang idam-idamkan. (siap wat promo kepada kengkawan lagi, menunjuk la tu).

3.       Inner parts
-pakaian dalam yang sesuai dapat menyerlahkan bentuk tubuh seseorang. Bagi korang yang baru nak berjinak-jinak dalam membaik pulih tubuh badan, nasihat daripada pakar amatlah penting. Macam kes orang gempal nak kurus, pada korang pemakaian yang ketat selalunya menolong, namun terlalu ketat juga boleh membahayakan nyawa!
-so, be aware.

4.       Cloths and pants
-pemilihan warna-warna lembut atau pastel masih menjadi rebutan ramai. Nampak suci, baik dan begitu elegen si pemakai. Kadang-kadang terlalu lembut, akan kelihatan begitu lembek dan lemah. Apa kata sekali-sekala korang mencuba warna yang bercorak abstrak lagi terang. Pasti hari korang secerah dan seceria warna yang dipakai.
-be in a safe zone just like you build a wall to fashion world. So, just be brave in styling. Do and wear what you want, girl.
-kesalahan pemakaian yang paling teruk adalah korang kelihatan lebih tua daripada umur yang sebenar. (kalau tampak lebih muda dan segar-pastinya pujian pun melimpah ke ladang gandum), senyuman pun panjang sampai ke dahi..

5.       Nail coloring
-replies belief or not, level hygiene of individual is showing in their nail care.
-tangan kita akan memegang itu, ini, sana, sini.. jadi, segala kekotoran mungkin akan terperangkap di bawah kuku walaupun korang telah membasuh tangan. Bakteria berbahaya mungkin akan terus membiak dan tanpa perasan korang akan mungkin makan aja kentang goreng adik korang tanpa membasuh tangan. Akibatnya, korang akan merasakan kelazatan bakteria disalut kentang goreng yang sungguh berkrim itu. Eemmm…sedap?
-jadi, awas cik adik dan cik abang yang berkuku panjang dan runcing di luar sana!

6.       Accessories
-rantai L.T.K (leher, tangan, kaki), subang, cincin, reben, ……
-selagi mana boleh sangkut, tentunya korang akan pakai. Salah itu, nanti orang lain sangka korang jurujual tak bertauliah pulak. Buat malu aja. Pemakaiannya haruslah sederhana dan tampak lagi bergaya, bukan lagi selekeh.
-makes it suitable with any situation and think about comfortable too.

7.       Shoes,yo!
-I love shoes!!
-yang bertumit tinggi lain, yang berlilit seribu lain, yang bertutup separuh lain, yang berselipar jepun pun lain.
-ukuran saiz yang betul adalah mustahak agar korang tak tergelam lemas dalam kasut sendiri. Waktu yang paling sesuai adalah pada waktu kaki tengah mengembang, tengahari.. (bukan waktu bulan mengambang ok!). kang der yang jadi kasut jadian pulak… tok, tok, tok…

Hah, banyak kan senarai yang biasanya wanita perlu jaga agar sentiasa cantik. Namun, awas andai korang yang cantik cam lagenda Puteri Gunung Ledang, penyanyi Siti Nurhaliza atau pelakon Lisa Surihani tapi tiada senyuman yang terukir. Masam bak limau kasturi memanjang, tampak tua juga lama-kelamaan gak ti.
Akhir kata, sehodoh mana atau seselekeh mana korang pada mata dunia: Senyumlah! Korang akan secara magisnya akan menjadi semenawan bidadari dunia. Percayalah.

Last but not least, don’t be perfect women, just pretend to be a happy woman.
Say NO to foundation! (Are you dare?)
Happy women day: 07 March 2012…


Friday, March 02, 2012

Da lamer sungguh tak buka blog...

Memang da lamer tak berkesempatan nak menaip di sini. Bukan takder yang menarik untuk dikongsi. Cuma tak berkesempatan untuk menjengah seminit dua ke alam internetan ini.(canggih tol ayat).

So, tahun pun da baru-2012. Huhhuuh.. Ceruk maner la aku tercampak sampai da bulan March baru nak wish Happy New Year!. Hang dok kat planet pluto ka??? Kawan sama itu anak alien dan telah dikuasai mindanya oleh mereka.

Yang penting- Happy!.

Cik ziqa pun da gi sekolah taska. Pipi pun da tembam, perut da buncit. Makan penuh sopan dan santunnya tapi banyak. Heee...


Tembam ya amat. Baju pun nampak penuh. Cik ziqa..cik ziqa...

Tapi cik ziqa tak boleh berjumpa sama Cik aceki-cakaran demi cakaran tentunya akan terjadi!.
Bila la diorang nak berdamai nih...
So, tok limited edition yang terbaru-cik ziqa dan cik aceki di temukan dalam suasana aman romantik lagi bahagia.

Check it out:




Diorang ini memang anak-anak yang teramat la comel cam baby doll. Huhhuhhuuhu...
*Jeles I!